tiada lensa mekanikal yang lebih baik dari sepasang mata. tetapi bila lensa manusia ini melihat, dunia baginya boleh jadi sedikit berbeza, berubah untuk jadi lebih istimewa.
23.10.11
Bandar Melaka, Melaka. April 2011. Mungkin aku suka unsur-unsur kacukan. Yang kecinaan tetapi tidak Cina. Yang kehijauan tetapi tidak hijau.
22.10.11
Peranakan Meseum, Penang. Oktober 2011. Dua bahan yang merosakkan gambar ini. Namun tona hijaunya memukau.
21.10.11
Broga Hill, Semenyih, Selangor. March 2011. Dari sudut ini, yang jauh itu akan tetap jauh. p/s: Ezany, terima kasih kerana pernah ke sini.
19.10.11
Bandar Melaka, Melaka. April 2011. Asyik lihat mereka menghabiskan masa bersama. Biar duduknya ada sejengkal jarak, tetapi aku yakin, hati mereka tidak.
27.12.10
Strand Street, London. Disember 2010. Pukauan cahaya merah. Cermat dan tepat untuk tonjol lentuk-lentuk asli bangunan ini.