2.3.08

Singapura, September 2007. Siapa sangka, manusia kecil ini sebenarnya guru yang arif dengan ilmu seramik. Pendokong positiviti bahawa seni itu mampu disuntik ke dalam jiwa sesiapa saja, terutama jiwa orang melayu kerana orang melayu itu sendirinya sungguh santun dan penuh seni. Tiga puluh minit mendengar dia berceloteh dan bernasihat, sudah mampu menggerakkan hatiku untuk mencuba sesuatu yang baru untukku. Malah untuk terus percaya kepada diri sendiri, akan keistimewaan setiap manusia bermula dari sifat ingin tahu dan semangat untuk berjaya. Alangkah bagusnya jika dia terima tawaran untuk mengepelai akademi seni di Malaysia dulu. Pasti lebih ramai orang akan tahu wawasan dan keinginan murninya untuk anak bangsa. Tiada prejudis dia berbicara bersama aku dan Suryati. Hingga hati kami ketika itu berat sekali untuk melangkah pergi. Iskandar Jalil.